AMANAT PENGETUA BERIKUTAN MENULARNYA WABAK DARIPADA PN. HJH. KU HAMIDAH BINTI KU YAAKOB
(PENGETUA SMKPB)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan selamat sejahtera.
Selaku Pengetua di SMKPB saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit amanat kepada semua warga pelajar dan pendidik serta staf di SMK Permatang Bonglai agar sentiasa menjaga kebersihan & kesihatan berikutan pandemik Virus Influenza A H1N1 yang semakin merebak sejak akhir-akhir ini. Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia amat baik untuk diikuti untuk meredakan pandemik virus ini.
Laman Web SMK Permatang Bonglai di bangunkan oleh mahasiswa UiTM Kedah & Guru-guru SMKPB dengan menggunakan Portal DIY (Do it yourself) yang mesra pengguna. Myportal telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama 7 tahun oleh sebuah syarikat yang dimiliki 100% bumiputera iaitu Edorey Technologies Sdn Bhd dan kerjasama dengan sebuah pusat pendidikan berteraskan teknologi iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Edorey Technologies Sdn Bhd telah memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan Myportal kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan saluran maklumat secara global di peringkat antarabangsa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ "MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2010"
::KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 KEPUTUSAN peperiksaan dijangka dikeluarkan pada 11/03/2010 pada jam 11.00 pagi. Semua pelajar SPM diminta bersedia di Dewan Citra Malinja SMKPB pada tarikh tersebut bagi majlis penyerahan keputusan peperiksaan tersebut.
TAHNIAH KEPADA SITI NORNOLIA BINTI MAT LAZIM YANG TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DAN PELAJAR TERBAIK SPM SMKPB 2009.
SENARAI PELAJAR TERBAIK SPM 2009
1. SITI NORNOLIA BINTI MAT LAZIM (6A)
2. NURUL ASYIKIN BINTI AHMAD SUKRE (5A)
3. NUR HAFIZOH BINTI AZMI (5A)
4. FAIZAH BINTI ISHAK (5A)
5. INTAN NOR SHAMIMY BINTI MD ZAHER (4A)
6. MOHD AZWAN HAFIFI BIN MD ISA @ ABDULLAH (4A) ................................................................................................................................................ ::KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2009 TAHNIAH kepada pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
::SELAMAT BERPINDAH Warga SMKPB mengucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baharu kepada Cik Noora Murni binti Mohd Noor yang bertukar ke SMK Jitra , Puan Zanariah binti Mustaffa yang bertukar ke SMK Pulau Nyior, Encik Zainudzin bin Darus yang bertukar ke SMK Megat Dewa dan Puan Huin Siew Peng yang bertukar ke SMK Changlun bermula pada 01/12/2009.
::SELAMAT DATANG Warga SMKPB mengucapkan selamat datang kepada GK Teknik & Vokasional, Puan Suhaslin binti Ali dari SMK Seri Mahawangsa bermula pada 01/01/2010 dan Pembantu Tadbir, Puan Juraidahbinti Ahmad. Selamat datang juga diucapkan kepada Encik Tan Wooi Leong, guru Bahasa Inggeris yang merupakan guru baharu lulusan universiti luar negara.